Edisi Jimat Hulagu Khan: Khabar Hitam dari Timur

Pada Ogos 2010, buku Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur (Edisi Jimat) telah diterbitkan. Terbitan ini mempunyai saiz yang lebih kecil dan harga yang lebih murah. Seperti buku-buku Novel Sejarah Islam yang lain yang diterbitkan dalam edisi jimat, edisi ini disasarkan kepada pelajar dan penduduk di kawasan luar bandar.